بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...
الْحَمْدُ لِلّه.. 😊
RUMUSAN PENGAJIAN AT TIBYAN 📝
*1. Apa itu tajwid?*
Dari segi bahasa: tahsin / mengelokkan
Dari segi istilah: memberikan satu huruf akan hak atau mustahaknya iaitu haknya kepada makhraj, sifat, ghunnah,mad,tafkhim,taqrir dan hukum hukum tajwid yang lain.
*2. Apakah hukum tajwid pada pandangan syarak?*
Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah manakala beramal dgn ilmu tajwid adalah fardhu ain.
*3. Apakah perbahasaan ilmu tajwid?*
Lafaz - lafaz dalam Al-Quran
*4. Apakah faedah yang diperolehi daripada mempelajari ilmu tajwid?*
Menjaga lidah daripada melakukan kesalahan semasa membaca kalimah kalimah al - Quran
*5. Siapakah penyusunan ilmu tajwid?*
Imam - Imam Qiraati
*6. Apakah paksi ilmu tajwid?*
Ilmu tajwid berpaksikan
✅ Al - quran
✅ As - sunnah ( cara bacaan nabi S.A.W)
✅ Para sahabat ( cara bacaan para sahabat r.a)
✅ Para Tabi' in
✅Para Tabi' Tabi' in
✅Imam imam Qiraati
✅sampai kepada kita secara tawatur.
*7. Apakah tujuan mempelajari dan beramal dengan ilmu tajwid?*
Mendapat kesejahteraan didunia dan diakhirat
*8. Apakah kelebihan ilmu tajwid?*
Ilmu tajwid adalah semulia mulia ilmu kerana berkait dengan semulia mulia kitab iaitu al - Quran.
MAKHRAJ*
Dari segi bahasa: tempat keluar
Dari segi istilah: tempat keluar huruf.
*Harf (حرف)*
Dari segi bahasa : hujung sesuatu
(kata jamaknya ialah huruf (حروف) atau ahruf (احروف).
Dari segi istilah : suara yang berpegang kepada makhraj muhaqqaq atau makhraj muqqadar.
*Makhraj muhaqqaq*
Makhraj bergantung kepada juzuk tertentu iaitu juzuk - juzuk kerongkong atau lidah atau dua bibir.
*Makhraj muqaddar*
Makhraj tidak bergantung kepada juzuk tertentu, dan ianya tidak terhenti pada satu nokhtah tertentu, tetapi ia terhenti dengan terputusnya angin, maka dengan itu ianya memerima ziadah dan nuqshan.
*Bilangan huruf - huruf*
Pendapat pertama:
mengatakan bilangan huruf adalah 28 huruf dengan menhazafkan alif .
Pendapat kedua:
mengatakan bilangan huruf adalah 29 huruf dengan mengisbatkan alif.
Pendapat yang sahih/ Jumhur Ulama:
bilangan huruf adalah 29 huruf.
*Pendapat Ulama' dalam bilangan makhraj huruf*
Mazhab Pertama:
*Mazhab Al-Khalil bin Ahmad & Ibn Al Jazari*
▶ Mereka bpendpat ada 17 makhraj (jumhur ulama)
▶Antaranya :
- 1 makhraj rongga
- 1 makhraj hidung
- 2 makhraj bibir
- 3 makhraj leher
- 10 makhraj lidah
Mazhab kedua:
*Mazhab Sibawaih dan ulama' seperti As ssyatibi*
▶Mereka bpndapat ada 16 makhraj
▶mereka mgugur makhraj jauf
▶ mereka mbezakan huruf kpd bebrapa makhraj seprti:
- Alif maddiah & hamzah dari pangkal leher
- ya maddiah & ya mutaharikkah dari tengah lidah
- waw maddiah & waw mutaharikkah dari lidah
Mazhab ketiga:
*Mazhab Qutub, al - jarmy & al farra*
▶ mereka bpdapat ada 14 makhraj
▶mereka gugur makhraj jauf
▶mereka mengira:
- 8 makhraj pada lisan
- mereka jadikan huruf lam, nun dan ra dalam satu makhraj
🎯 semoga Bermanfaat
و الله اعلم
No comments:
Post a Comment