📝 Rumusan Halaqah mingguan ✏
*Apa itu Rezeki?*
Sesuatu yang bermanfaat yang Allah halalkan untuk kita.
contohnya:
Makanan, pakaian,kesihatan, anak -anak, suami isteri, ketenangan.
*Bagaimana perolehi rezeki yang berkat?*
*1.Luruskan niat*
-segala sesuatu perbuatan bermula dari niat.
انماالاعمال بلنيات
(setiap amalan dengan niat)
sekiranya perbuatan yang dilakukan itu baik tapi niat salah, maka ianya salah juga. oleh itu,perbetukan niat adalah penting untuk meraih keberkatan dalam rezeki.
*2.Percaya pada Allah*
Percaya bhw Allah pilih kita untuk menerima rezeki bukan hanya utk diri sendiri sahaja tetp memberi manfaat kpd orang lain. Percaya bahawa dalam rezeki kita, Allah swt titipkan rezeki orang lain.
Surah Al-Baqarah : 3
ومما رزقنهوم ينفقون
(Dan membelanjakan / mendermakan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka)
*3.Cukup Allah bagi kita*
Beberapa rezeki yang kita perolehi hendaklah diterima dengan senang hati, kerana semua itu hanyalah titipan, hanya alat untuk mengabdikan diri kepada Allah. Cukuplah Allah bagi kita, tidak pernah merasa kekurangan kerana yakin bahawa Allah yang akan mencukupinya.
Riwayat dari Abdullah bin Amr:
Dari Abdullah bin Amr, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya beruntung orang yang masuk islam dengan rizkinya yg cukup dan merasa cukup dengan apa apa pemberian oleh Allah swt.
(Hadis sahih: Riwayat Imam Muslim)
*4.Hiasilah bibir kita dengan kalam Allah.*
sentiasa membasahi diri dari kalbu dengan sinar illahi,salah satu cara dengan merutinkan diri dengan membaca al quran, mencari & mempelajari ayat yang berkait dgn rezeki, nikmat dan bagaimana pemanfaatnya.
*5.Ucapkan Bismillah*
Dalam setiap perbuatan/ tindakan kita sebelum memulakannya, mulailah dengan membaca Bismillah. Demikian pula dalam mencari rezeki Allah.
InsyaAllah rezeki yang diperolehi akan berkat , malah syaitan juga tidak dapat mengambil manfaat dari pekerjaan tersebut.
*6.Jujur dan amanah*
Jangan pernah berfikir untuk berbohong dan menipu dalam apa jua pekerjaan / perniagaan.
Contohnya: mungurang timbangan, menjual barangan yang rosak, ponteng waktu kerja..
Contohilah baginda iaitu jujur dalam pniagaan, jadi semua orang percaya kpd baginda. kesannya baginda mperoleh untung kali ganda serta keberkatan.
*7.Doa*
sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat kehidupan dan rezeki yang diberkati dari Allah s.w.t.
*8.Pendapatan yang halal*
Allah itu baik dan hanya menerima yang baik sahaja. pendapatan yg haram/ tidak benar, konsukensinya sangat besar iaitu keberkatan yang hilang. Bayangkan kondisi badan kita yang berbalut rezeki yang haram, makanan yg haram, sumber wang yang haram, kemudian kita menghadap Allah dan memohon tambahan rezeki. patutkah demikian? carilah rezeki dari sumber yang halal!
*9. Ikut sunnah*
Contohi semua cara hidup & perilaku yang terdapat pada Nabi saw. InsyaAllah , ianya akan membuat hidup kita dengan keberkatan.
mungkin tidak sesempurna kehidupan Nabi saw, tetp mbiasakan diri diri untuk hidup yang baik dgn meneladani Rasulullah saw.
InsyaAllah rezeki dan khidupan kita pon akan berkat.
*10.Bersyukur*
Mengapa kita harus bersyukur?
merupakan ciri ciri orang yang mensyukuri nikmat Allah.Bersyukur atas rezeki Allah membuatkan kita mperoleh kebrkatan dan hati jadi lapang.
*11.Sedekah*
-Mengapa dengan sedekah membuat kita memperoleh keberkatan?
Kerana dgn bersedkah,rezeki kita boleh dimanfaatkan kpd org lain. Rezeki yang bermanfaat kepada orang lain akan memberi keberkatan bagi pemiliknya.
*12.Silaturrahim*
Mempererat tali kekeluargaan dengan sesama muslim akan membuat kita mendpt kebrkatan. Hidup yang bermanfaat, rezeki yg brmanfaat bagi diri dan org lain, keberkatannya akan kembali kepada kita.
*13.Membaiki solat kita*
solat merupakan komunikasi utama kita dengan Allah swt.
mengapa harus membaiki solat untuk memperoleh keberkatan rezeki ?
kerana solat yang sempurna, tepat pada wktu, khusyu' disukai Allah swt. serta menjauhi diri kita dari pbuatan mgkar.
Firman Allah swt dalam surah Al-Ankabuut ayat 45 berbunyi:
ان الصلوه تنهي عن الفحساء والمنكر
"Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan munkar….”.
*14.Memaafkan*
tiada manusia yang terlepas dari kesalahan. menyimpan perasaan benci/ dendam dalam hati kita akan merosakkn hati, membuat hidup kita susah dan rezekinya jauh.oleh itu, kita sebagai muslim, hendaklah sentiasa memaafkn ssma muslim.
No comments:
Post a Comment