Saturday, 17 December 2016

MAKHRAJ HURUF


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...
الْحَمْدُ لِلّه.. 😊

RUMUSAN PENGAJIAN AT TIBYAN 📝


Makhraj

Pada bahasa ialah:hujung sesuatu

Kata jamaknya ialah huruf (حرف ) atau ahruf (احرف).



Istilah ialah:

Suara yang berpegang kepada makhraj muhaqqaq atau muqaddar.



Makhraj muhaqqaq ialah : ianya bergantung kepada juzuk tertentu daripada juzuk-juzuk kerongkong, atau lidah, atau dua bibir.



Makhraj muqaddar ialah : ianya tidak bergantung kepada mana juzuk tertentu , dan ianya tidak terhenti pada suatu nokhtah tertentu, tetapi ia berhenti dengan terputusnya angin, maka dengan sebab itu ia menerima ziadah dan muqshan.[1]


[1] Keluar daripadanya tiga huruf mad

Makhraj terbahagi kepada beberapa makhraj umum dan khusus:-

*1.Makhraj  Umum - Leher (حلق):-*

a) Pangkal leher = (ء , ه)
b) Tengah Leher = (ح , ع)
c) Hujung Leher = (غ , خ)


*2.Makhraj Umum - Lidah (لسان):-*

a) Pangkal Lidah = ( ق,ك)
b) Tengah Lidah = (ش,ي,ج)
c) Tepi Lidah = (ض)

d) Hujung Lidah = (Terbahagi kepada 5 bahagian )

i) Hujung lidah bersentuhan         lelangit = ( ن,ر)
ii)Hujung lidah bersentuhan belakang gigi kacip atas =  (ت د ط)
iii) Hujung lidah bersentuhan pemotong gigi kacip atas = ( ث ذ ظ)
iv) Hujung lidah menghala berdekatan pengikat gigi kacip bawah = ( ز س ص)
v) Hujung tepi lidah bersentuhan dengan lelangit = (ل)



*3.Makhraj Umum - Bibir (شفتان):-*

a) Dua bibir bersentuhan =(م,ب)
b) Bibir bawah dengan gigi kacip atas =  (ف)
c) Dua bibir dibulatkan sedikit = (و)


 *4.Makhraj Umum - Rongga (جوف):-*

a) Huruf Mad = (ا,و,ي)



 *5.Makhraj Umum - Hidung (خيشوم):-*

a) Ghunnah / dengun =  (ن,م)




🎯 semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment